Google+ Followers

Sunday, January 13, 2013

Resepi Memasak Durian Crepe

Assalamualaikum semua.Hi semua!Ha,sejak 2menjak nih makin kerap ku dengar Durian Crepe,Durian Crepe.Haish,sampai terfikir nak beli dekat mana Durian Crepe nih.Fuh~Letihla..Kadang-kadang terfikir nak buat Durian Crepe nih sendiri.Cari punya cari di Internet,jumpa lah resepinya.Hmm,resepi Durian Crepe ada di bawah.


RESEPI DURIAN CREPE :

-250grm tepung gandum
-2 biji telur
-500ml santan
-1/2 sudu teh garam
-Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)

Filling**
-1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
-Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara-cara

1-Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.

3-Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.

3-Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

4-Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
 
 
 
DURIAN CREPE
 
 Macam mana tengok jer?Haha,cubala buat mana la tau berhasil kan?Hehehe.Tidak sabar ku nak masuk dapur buat nih.Ceh!
 
 

No comments:

Post a Comment

Awak yang Cool tuh,akan bertambah-tambah Cool bila komen :)